PROFIL KUMPULAN DESA FIKIR  
   

Latar Belakang Syarikat

Kumpulan Desa Fikir Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 19 Januari, 2005. Syarikat ini berstatus bumiputera dan menjalankan aktiviti perniagaan berskala kecil dan sederhana dalam bidang perkhidmatan dan pembekalan serta pengeluaran produk yang berkaitan dengan buku, bahan pengajaran dan pembelajaran, mengendalikan kursus motivasi dan pembekalan barang-barang termasuk alat tulis dan cenderamata kepada sekolah-sekolah serta agensi kerajaan dan swasta.

Kumpulan Desa Fikir menawarkan barang dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan, sejajar dengan moto syarikat, iaitu “perkhidmatan dan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan”. Syarikat ini juga menjanjikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan efisyen selaras dengan visi syarikat untuk menjadi sebuah entiti perniagaan yang berdaya maju, berdaya saing dan inovatif.





 
   
 
Hak Cipta Terpelihara © 2010-2011. Kumpulan DesaFikir Sdn. Bhd.