Menelusuri pengalaman selama lebih 14 tahun dalam industri, Kumpulan Desa Fikir Sdn. Bhd. telah membuktikan keupayaan dan keberdayaannya menerbitkan bahan-bahan bacaan yang berkualiti tinggi bukan sahaja untuk tujuan pembacaan individu, malah dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan lainnya. Kekuatan yang terbina ini membolehkan syarikat menjalinkan kerjasama strategik dengan para ilmuan yang pakar dalam genre masing-masing.
Matlamat utama syarikat adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dari segenap aspek dalam niat dan citra untuk melahirkan generasi anak Malaysia yang terbilang selain menawarkan perkhidmatan yang efisien dan mesra pelanggan. Justeru, produk-produk terbitan Kumpulan Desa Fikir Sdn. Bhd. selayaknya dijadikan sebagai medium ilmu untuk pelbagai status peringkat umur dan tahap pendidikan khalayak pembaca di seluruh tanah air.
Oleh kerana industri buku negara memerlukan satu transformasi dalam mencapai hasrat menerobosi pasaran global, maka syarikat mengambil langkah proaktif dan produktif untuk menerbitkan lebih banyak judul dalam pelbagai genre seiring dengan peredaran masa dan perkembangan dunia ilmu dan teknologi.

Ketahui Lebih Lanjut