Datin Nor Azian berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Perakaunan. Beliau memulakan kerjaya sebagai Junior Auditor di Mustapha, Khoo & Co. dari tahun 1996-1997. Beliau kemudian menyertai syarikat percetakan Gempita Maju Sdn. Bhd, sehingga tahun 2009 dengan memegang jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan. Sepanjang perkhidmatan beliau, Datin Nor Azian banyak menimba ilmu dalam pengurusan kewangan syarikat. Beliau sering berurusan dengan pihak bank, Jabatan Hasil Dalam Negeri, juruaudit, pembekal-pembekal buku dan syarikat- syarikat percetakan. Hasil daripada pengalaman ini, beliau mempunyai kemahiran luas dalam pengurusan syarikat yang berkait rapat dengan industri buku dan percetakan.
Pada tahun 2010, beliau menyertai Kumpulan Desa Fikir Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dan seterusnya memacu Kumpulan Desa Fikir dari aspek perancangan, pengurusan dan pemasaran dalam usaha memajukan lagi syarikat ke arah yang lebih gemilang dan berwawasan.
Kamarizan berkelulusan Sarjana dalam bidang Sastera (Bahasa Melayu) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mula berkhidmat di syarikat Edusystem Sdn. Bhd. pada tahun 2005 hingga 2007 dengan memegang jawatan sebagai Editor dan meneruskan perkhidmatan di syarikat Ikon Interactive Sdn. Bhd. pada tahun 2007 hingga 2009 sebagai Editor Kanan.
Pada tahun 2010, beliau menyertai Kumpulan Desa Fikir Sdn. Bhd. hingga kini sebagai Pengurus Penerbitan. Bidang tugas beliau adalah merancang dan mengurus perolehan serta pembangunan judul penerbitan termasuk memantau keseluruhan gerak kerja unit editorial.
Berdasarkan pengalaman dalam dunia penerbitan, beliau bersama-sama unit editorial membantu syarikat menerbitkan produk-produk ilmiah bermutu dalam usaha membentuk syarikat yang inovatif dan cemerlang.

Ketahui Lebih Lanjut